Brendan Gan membuat keputusan untuk kekal di di Selangor bagi musim Liga Malaysia 2022.
Ini meskipun pemain berusia 33 tahun itu dikaitkan dengan perpindahan kerana sudah tidak beraksi sejak 6 bulan lalu kerana mengalami kanser.
Namun, Selangor mengesahkan bahawa Brendan telah bersetuju untuk menandatangani kontrak baharu.
“Selangor FC dengan sukacitanya mengumumkan bahawa kapten kelab, Brendan Gan telah bersetuju dengan perjanjian baharu dan akan kekal sebagai pemain Red Giants untuk musim 2022.”
Namun, Selangor memberi bayangan bahawa Brendan akan kembali tidak lama lagi.
“Kapten telah bekerja keras untuk kembali ke padang dan tidak lama lagi akan menyertai latihan.
“Brendan Gan adalah cahaya harapan dan kami berbangga memilikinya di Selangor.
“Kami akan terus menyokongnya dalam perjalanannya untuk kembali ke tempat asalnya – di atas padang.
“Selangor yakin bahawa Brendan akan kembali bermain lebih kuat dari sebelumnya.”