Sabah berjaya merampas kedudukan Kedah di tempat ke-3 Liga Super apabila menewaskan mereka 2-0 di Kota Kinabalu.
Kemenangan itu membolehkan Sabah meraih 54 mata, lebih satu mata daripada Kedah yang memiliki 53 mata.
Sabah mendahului seawal minit ke-7 menerusi jaringan Irfan Fazail sebelum penyerang Ramon Machado menambah gol kedua pada minit ke-42.
Kedudukan 2-0 kekal hingga tamat separuh masa pertama dan Sabah menjangkakan Kedah akan bangkit pada separuh masa kedua.
Namun, Kedah gagal menjaringkan sebarang gol sekali gus kedudukan 2-0 kekal hingga tamat perlawanan.
Sabah menamatkan saingan liga dengan 17 kemenangan, 3 seri dan 6 kekalahan.
Manakala Kedah mencatatkan 17 kemenangan, 3 2 seri dan 7 kekalahan.