Berita AFC Cup

Terengganu kekal rekod 5 perlawanan tanpa kalah dalam Piala AFC

Terengganu mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Piala AFC apabila mengikat Central Coast Mariners 1-1 di Stadium Central Coast.

Kemenangan itu terus menghidupkan peluang Terengganu untuk mara ke pusingan seterusnya.

Penyerang Marco Tulio hampir meletakkan Mariners di depan pada minit kelapan selepas berjaya melepasi perangkap offsaid, namun rembatannya tersasar.

Kapten pasukan Terengganu, Habib Harun membuat percubaan jarak jauh minit ke-14, tetapi mudah dihalang penjaga gol tuan rumah, Danny Vukovic.

Mariners lebih banyak menguasai permainan namun gagal menembusi penjaga gol Terengganu, Suhaimi Husain yang menghalang dua kali percubaan Tulio di minit ke-16 dan 38 dan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sehingga tamat separuh masa pertama.

Terengganu mengejutkan tuan rumah apabila mendahului menerusi tandukan Engku Nur Shakir pada minit ke-53 hasil sepakan sudut Sony Norde.

Namun, hasrat Terengganu untuk mencatatkan kemenangan tidak kesampaian apabila Mariners berjaya menyamakan kedudukan menerusi Miguel Pizio tiga minit sebelum tamat perlawanan dan kedudukan 1-1 kekal hingga masa penuh.

Terengganu kini di tangga kedua dalam Kumpulan G dengan 9 mata daripada 5 perlawanan, hanya satu mata di belakang Mariners.

Terengganu akan menerima kunjungan Bali United pada 13 Disember manakala Mariners akan bertemu Stallion Laguna yang sudah pun tersingkir.