Malaysia Berita

Hong Wan terlepas aksi Harimau Malaya

Nathaniel Shio Hong Wan tidak dapat menyertai kem latihan pusat kali ini skuad kebangsaan.

Ini setelah pemain tengah JDT itu disahkan mengalami kecederaan.

Ini bermakna, Hong Wan terlepas dua perlawanan bertemu Syria dan China, 6 dan 9 September ini di Chengdu, China.

“Namun, buat masa ini tiada sebarang penggantian pemain dari Senarai Bersedia bagi mengisi tempat Hong Wan untuk menjadikan skuad panggilan kali ini disertai seramai 25 orang pemain,” kata jurulatih negara, Kim Pan-gon.

Selain itu, penjaga gol Kuala Lumpur City, Azri Ab Ghani yang sebelum ini berada dalam Senarai Bersedia telah dipanggil melapor diri ke kem latihan pasukan kebangsaan bermula hari ini.

Azri, 24, akan menggantikan tempat penjaga gol Sabah FC, Damien Lim yang tidak dapat menyertai kem latihan pusat kali ini selepas disahkan mengalami kecederaan.

“Semoga Damien dan Hong Wan cepat kembali sembuh dan seterusnya dapat dipanggil lagi pada kem latihan pusat Harimau Malaya yang akan datang.”