Sabah mencatatkan kemenangan kedua berturut-turut apabila menewaskan Kelantan United 3-1 di Likas.
Keputusan itu sekali gus mengekalkan Sabah di kerusi takhta Liga Super dengan kelebihan jaringan gol.
Sabah mendahului pada minit ke-22 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Darren Lok.
Empat minit kemudian, Sabah menambah gol kedua menerusi Park Tae-su.
Telmo Castanheira melengkapkan kemenangan buat Sabah pada minit ke-47.
Kelantan United berjaya mengurangkan jurang gol menerusi jaringan kapten pasukan Indra Putra Mahayuddin pada hujung perlawanan.
Tetapi ia sudah terlalu lambat, dengan keputusan 3-1 kekal hingga tamat perlawanan.
Sabah akan bertandang ke Kuching City pada 6 Mac manakala Kelantan United akan melayani kunjungan Perak di Kota Bharu.