Liga Super Malaysia Berita

JDT cipta kejutan tewaskan Lokomotiv Moscow

Johor Darul Ta’zim mencipta kejutan apabila menewaskan kelab Russia, Lokomotiv Moscow 1-0 dalam perlawanan pra-musim di Dubai, UAE.

Arif Aiman Hanapi muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan di separuh masa kedua.

Pemain berusia 21 tahun itu berjaya menyambut hantaran jarak jauh sebelum melepasi dua pemain pertahanan dan merembat masuk bola melepasi penjaga gol Lokomotiv.

Kemenangan itu adalah yang ketiga yang diraih skuad Harimau Selatan dalam pra-musim di Dubai selepas mengharungi empat perlawanan persahabatan.

Di bawah kendalian jurulatih baharu Estaban Solari, JDT menewaskan kelab UAE, Fursan Hispania 3-0 dan mendahului 1-0 ketika menentang kelab Bulgaria, Levski Sofia dan tewas 2-0 kepada FC Rostov.

JDT akan melengkapkan sesi pramusim dengan menentang juara bertahan Liga Russia, Zenit St Petersburg.

JDT akan memulakan musim 2023 dengan bertemu Terengganu dalam Piala Sumbangsih pada 24 Februari.