Liga Super Malaysia Berita

Safawi beraksi kali pertama di Liga Thailand

Safawi Rasid tampil buat kali pertama di Liga Thailand apabila Ratchaburi berdepan Khon Kaen United di Stadium Mitr Phol semalam.

Ini setelah pemain berusia 25 tahun itu berhijrah dari Johor Darul Ta’zim secara pinjaman.

Beliau masuk di separuh masa kedua bagi menggantikan Anon Amornlerdsak.

Safawi dilihat beraksi cemerlang apabila banyak mengkucar-kacirkan pihak lawan.

Malah, beliau berjaya melepasi beberapa pertahanan pihak lawan pada minit ke-68 sebelum membuat hantaran ke arah gol namun gagal disudahkan oleh Moussa Sidibe.

Serangan yang dilakukan oleh Safawi turut memaksa pertahanan pihak lawan membuat kekasaran terhadap beliau.

Malangnya, Ratchaburi kehilangan pemain pertahanan, Hein Phyo Win yang dilayangkan kad merah kerana melakukan terjahan berbahaya.

Ia sekali gus menonjolkan kelemahan pertahanan Ratchaburi apabila bolos pada minit ke-74 dan 79.

Ratchaburi hampir merapatkan jurang pada masa tambahan apabila Safawi menjaringkan gol setelah mengambil kesempatan di atas kesilapan pihak lawan namun gol itu dibatalkan akibat kedudukan ofsaid.

Safawi dijangka beraksi di Thailand sehingga hujung musim yang berakhir pada Mei ini.