Piala Malaysia Berita

Selangor selangkah ke final Piala Malaysia, Terengganu masih ada peluang terakhir

Selangor selangkah sahaja lagi untuk ke final Piala Malaysia selepas menewaskan Terengganu 3-1 dalam perlawanan pertama separuh akhir di Kelana Jaya malam tadi.

Mukhairi Ajmal cemerlang apabila mencipta ketiga-tiga jaringan untuk Selangor.

Ini bermakna, Terengganu perlu menjaringkan sekurang-kurangnya 3 gol di Kuala Terengganu untuk mara ke final.

Terengganu mendahului seawal minit ke-19 hasil sepakan percuma Kipre Tchetche.

Selangor bangkit dari ketinggalan apabila Richmond Ankrah menanduk masuk gol penyamaan hasil sepakan penjuru Mukhairi pada minit ke-37.

Caion pula meletakkan Selangor di depan apabila beliau menanduk masuk gol hasil sepakan penjuru Mukhairi, dua minit sebelum tamat separuh masa pertama.

Sharul Nazeem melengkapkan kemenangan Selangor apabila menanduk masuk gol ketiga, sekali lagi hasil sepakan penjuru Mukhairi pada minit ke-54.

Keputusan 3-1 kekal hingga tamat perlawanan, dengan perlawanan kedua berlangsung pada Isnin depan.

Jika menang, Selangor akan berdepan sama ada JDT atau Sabah di perlawanan akhir yang berlangsung pada Sabtu, 26 Nov depan.