Liga Super Malaysia Berita

JDT raih pencalonan terbanyak dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2022

Johor Darul Ta’zim meraih sebanyak 16 pencalonan iaitu yang terbanyak dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2022.

Ini setelah JDT muncul juara Liga Super dan Piala FA musim ini malah JDTII mencipta sejarah apabila menjadi pasukan simpanan pertama muncul juara Liga Premier.

Kesemua pencalonan JDT dalam anugerah kali ini meliputi penjaga gol terbaik, pertahanan terbaik, pemain tengah terbaik, penyerang terbaik, pemain muda terbaik, import terbaik dan jurulatih terbaik.

Malah, Bergson da Silva merupakan pemenang kategori Penjaring Terbanyak Liga Super 2022 apabila menjaringkan 29 gol manakala Daryl Sham dari JDTII meraih gelaran Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Premier 2022 selepas meledak 9 gol berkongsi anugerah dengan Nurshamil Abd Ghani dari Kelantan.

Seorang lagi penyerang JDT, Arif Aiman Hanapi turut dicalonkan dalam dua kategori iaitu penyerang terbaik dan pemain muda terbaik.

Penjaga gol JDT, Farizal Marlias dan Izham Tarmizi dicalonkan dalam kategori penjaga gol terbaik manakala Corbin Ong, Matthew Davies dan Shahrul Saad dicalonkan pertahanan terbaik.

Di bahagian tengah JDT, Afiq Fazail dan Natxo Insa dicalonkan sebagai pemain tengah terbaik manakala Arif Aiman dan Syafiq Ahmad dicalonkan sebagai penyerang terbaik.

Dalam kategori pemain muda, seramai 3 pemain JDT tercalon iaitu Arif Aiman, Aysar Hadi Shapri dan Daryl Sham.

Turut tercalon adalah Bergson dan Fernando Forestieri dalam kategori import terbaik manakala Hector Bidoglio dan Mariano Echeverria dari JDTII dalam kategori jurulatih terbaik.

Selain itu, Darren Lok bakal menerima Anugerah Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super 2022 selepas menyumbang 10 gol bersama PJ City manakala penyerang Kuching City, Abu Kamara yang telah menjaringkan 11 gol dinobatkan sebagai Penjaring Terbanyak Liga Premier 2022.

Keputusan undian akan dibuat oleh 22 ketua jurulatih, 22 ketua pasukan Liga Super dan Liga Premier serta 22 wakil media.

Anugerah Pasukan Terbaik akan diputuskan oleh Ahli Jawatankuasa Teknikal MFL, Anugerah Fair Play akan ditentukan oleh FAM manakala Fan XI dan Gol Terbaik Liga Malaysia 2022 pula menerusi undian penyokong bermula minggu depan.

Bagi Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) pula akan dipilih daripada kalangan pemenang empat kategori, iaitu Penjaga Gol Terbaik, Pertahanan Terbaik, Pemain Tengah Terbaik dan Penyerang Terbaik oleh Ketua Jurulatih negara, Kim Pan-gon.

CALON PENJAGA GOL TERBAIK

Ahmad Syihan Hazmi (Negeri Sembilan FC)
Farizal Marlias (Johor Darul Ta’zim)
Fikri Che Soh (Kelantan United FC)
Izham Tarmizi Roslan (Johor Darul Ta’zim II)
Kalamullah Al-Hafiz (PJ City FC)
Khairul Fahmi Che Mat (Sabah FC)
Nik Amin Ahmad (Kelantan FC)
Rahadiazli Rahalim (Terengganu FC)
Samuel Somerville (Selangor FC)
Suhaimi Husin (Terengganu FC)

CALON PERTAHANAN TERBAIK

Ahmad Khuzaimi Piee (Negeri Sembilan FC)
Azam Azmi Murad (Terengganu FC)
Dominic Tan (Sabah FC)
Irfan Zakaria (Kuala Lumpur City FC)
Kamal Azizi Zabri (Kuala Lumpur City FC)
La’Vere Corbin-Ong (Johor Darul Ta’zim)
Matthew Davies (Johor Darul Ta’zim)
Nasrullah Haniff Johan (Negeri Sembilan FC)
Shahrul Nizam Ros Hasni (Terengganu FC)
Shahrul Saad (Johor Darul Ta’zim)

CALON PEMAIN TENGAH TERBAIK

Afiq Fazail (Johor Darul Ta’zim)
Akram Mahinan (Kuala Lumpur City FC)
Baddrol Bakhtiar (Sabah FC)
Brendan Gan (Selangor FC)
David Rowley (Sri Pahang FC)
Mukhairi Ajmal Mahadi (Selangor FC)
Natxo Insa (Johor Darul Ta’zim)
Nor Azam Abdul Azih (Sri Pahang FC)
Ryan Lambert (Kuala Lumpur City FC)
Zhafri Yahya (Kuala Lumpur City FC)

CALON PENYERANG TERBAIK

Arif Aiman Hanapi (Johor Darul Ta’zim)
Darren Lok (PJ City FC)
Faisal Abdul Halim (Terengganu FC)
J. Partiban (Kuala Lumpur City FC)
Nor Hakim Hassan (Selangor FC)
Nur Shamie Iszuan Amin (Sarawak United FC)
Nurshamil Abd Ghani (Kelantan FC)
S. Kumaahran (PJ City FC)
Syafiq Ahmad (Johor Darul Ta’zim)
Wan Fazli Wan Ghazali (Terengganu FC II)

CALON PEMAIN MUDA TERBAIK

Arif Aiman Hanapi (Johor Darul Ta’zim)
Aysar Hadi Shapri (Johor Darul Ta’zim II)
Azam Azmi Murad (Terengganu FC)
Daryl Sham (Johor Darul Ta’zim II)
Haqimi Azim Rosli (Kuala Lumpur City FC)
Mukhairi Ajmal Mahadi (Selangor FC)
Rahadiazli Rahalim (Terengganu FC)
Ruventhiran (PJ City FC)
Syahir Bashah (Selangor FC)
T. Saravanan (Penang FC)

CALON JURULATIH TERBAIK

Badrul Afzan Razali (Terengganu FC II)
Bojan Hodak (Kuala Lumpur City FC)
Dollah Salleh (Sri Pahang FC)
Datuk Ong Kim Swee (Sabah FC)
Hector Bidoglio (Johor Darul Ta’zim)
K. Devan (Negeri Sembilan FC)
Mariano Echeverria (Johor Darul Ta’zim II)
Nafuzi Zain (Terengganu FC)
P. Maniam (PJ City FC)
Rezal Zambery Yahya (Kelantan FC)

CALON PEMAIN IMPORT TERBAIK

Bergson da Silva (Johor Darul Ta’zim)
Caion (Selangor FC)
Fernando Forestieri (Johor Darul Ta’zim)
Gustavo (Negeri Sembilan FC)
Herold Goulon (Negeri Sembilan FC)
Kevin Ray Mendoza (Kuala Lumpur City FC)
Manuel Hidalgo (Sri Pahang FC)
Park Tae-su (Sabah FC)
Paulo Josue (Kuala Lumpur City FC)
Tchetche Kipre (Terengganu FC)