Johor Darul Ta’zim II muncul juara Liga Premier 2022 setelah menewaskan Selangor 2 dengan kemenangan tipis 1-0 di Stadium UiTM.
Ini kali pertama JDTII memenangi liga sejak mula bersaing dalam liga divisyen kedua pada 2014.
Malah, JDTII mencipta sejarah apabila menjadi pasukan simpanan pertama di Malaysia yang memenangi liga.
Daryl Sham menjaringkan gol kemenangan dengan menanduk masuk bola pada minit ke-49.
📹 HIGHLIGHTS: @selangorfc 2 0-1 @OfficialJohor II
JDT II meraih kejuaraan Liga Premier 2022 selepas jaringan Daryl Sham pada minit ke-49 memastikan kemenangan mereka di Stadium UiTM.#LigaPremier2022 pic.twitter.com/8eq7RRoPJg
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 30, 2022
Kemenangan itu sekali gus meranapkan impian Kelantan FC yang sudah menjadi pendahulu liga sejak awal musim ini.
Ini menyaksikan JDTII menamatkan musim dengan 42 mata dalam 18 perlawanan.
Kelantan yang seri 1-1 dengan musuh setempat Kelantan United hanya mengumpul 37 mata daripada 18 perlawanan.
Bagaimanapun, status JDTII sebagai pasukan simpanan bermakna pasukan itu tidak akan beraksi di Liga Super musim depan.
Malah, JDTII akan beraksi dalam Liga Simpanan selaras dengan perubahan format liga bermula musim 2023.
Kelantan pula akan beraksi di Liga Super musim depan bersama dengan Kuching, Kelantan United, PDRM, UiTM dan Perak namun tertakluk kepada kelulusan MFL berhubung kedudukan kewangan dan lesen kelab.