Brad Maloney membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih B-23.
Ini setelah skuad B-23 mempamerkan prestasi hambar dalam Piala Asia B-23 di Uzbekistan, Sukan SEA Hanoi dan Piala AFF B-23 di Kemboja.
Keputusan itu dicapai dengan persetujuan bersama setelah Maloney hadir ke mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM.
Ia dipengerusikan oleh Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin di Wisma FAM, Kelana Jaya bagi membentangkan laporan prestasi pasukan kendaliannya pada Sukan SEA 2021 di Vietnam, Mei lalu dan Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan, Jun lalu.
“Selamat maju jaya kepada Maloney dalam meneruskan karier kejurulatihannya selepas ini,” Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar.
“Jasa dan sumbangan beliau sepanjang lapan tahun bersama FAM ini akan sentiasa dikenang.”
Maloney turut merakamkan ucapan terima kasih kepada FAM kerana telah memberi peluang untuk beliau berkhidmat selama lapan tahun sejak 2014.
“Beliau telah banyak membantu dalam meningkatkan karier kejurulatihannya bermula sebagai penolong jurulatih B-23 kepada Datuk Ong Kim Swee sehinggalah dilantik sebagai ketua jurulatih B-19 kebangsaan pada 2019 dan seterusnya ketua jurulatih B-23 kebangsaan.”