Malaysia Berita

Malaysia bakal beraksi menentang Singapura, Filipina hujung bulan Mac ini

Skuad kebangsaan akan terlibat dalam siri perlawanan persahabatan berdepan negara jiran, Singapura dan Filipina pada 21 hingga 29 Mac ini.

Ini sebagai persiapan sebelum bersaing dalam pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2023.

Perlawanan antara Malaysia dan Singapura dijangka diadakan pada 26 Mac.

“Kesemua perlawanan akan diadakan di Stadium Nasional Singapura,” kata jurucakap FAS kepada The Straits Times Singapura.

“Maklumat lanjut mengenai tarikh perlawanan, tiket dan SOP akan diumumkan.”

Singapura merupakan penganjur kepada Piala AFF Suzuki 2020 tahun lalu dan membenarkan sehingga 10,000 penonton dalam satu perlawanan.

Malaysia akan bertemu Bahrain, Turkmenistan dan Bangladesh dalam Kumpulan E yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jun ini.