Malaysia Berita

Tan Cheng Hoe: Harimau Malaya kalah sebab salah taktik

Ketua jurulatih negara, Tan Cheng Hoe mengakui kesilapan taktik menjadi punca kekalahan 3-0 kepada Vietnam dalam perlawanan ketiga Kumpulan B Kejohanan Piala AFF 2020 di Stadium Bishan, Singapura malam semalam.

“Saya rasa kami kalah disebabkan kesilapan taktik,” katanya kepada Bernama.

“Tetapi saya nampak kami bermain dengan terlalu berhati-hati dan bertahan sahaja dalam babak pertama.

“Pasukan saya tidak dapat menguasai dan mengawal bola sebagaimana biasa dilakukan dalam perlawanan kali ini.”

Pada masa sama, Cheng Hoe percaya keputusan akan menjadi lebih adil jika skuad kebangsaan tidak dilanda dengan pelbagai masalah kecederaan.

“COVID-19 dan kecederaan beberapa pemain kami telah menjejaskan semangat pasukan tetapi saya tetap memuji kerja keras mereka selama ini yang membuahkan hasil.”