Telah difahamkan bahawa Lionel Messi telah pun terlebih dahulu mengesahkan desakan Barcelona untuk menjadikan Xavi sebagai pengurus baharu mereka berikutan pemergian Ronald Koeman, menurut laporan.
Koeman telah di pecatkan oleh Joan Laporta pada petang Rabu berikutan permulaan buruk pasukan untuk musim ini. Barca hanya mencatatkan empat kemenangan tipis daripada 10 perlawanan di La Liga musim ini, manakala dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara mereka telah ditewaskan oleh Bayern Munich dan Benfica.
Kekalahan 1-0 yang amat memalukan di tempat lawan kepada kucing kurap Rayo Vallecano pada petang Rabu mengesahkan nasib buruk untuk Koeman dan Barca kini melihat ke hadapan untuk membina semula dengan bekas kapten dan pemain tengah legenda mereka dan pengurus yang baru dilantik, iaitu Xavi Hernandes.
Laporan itu juga mendakwa Messi, yang bermain bersama Xavi selama 11 musim di Camp Nou, juga sangat berminat untuk bekas rakan sepasukannya menggantikan Koeman sebelum dia akhirnya meninggalkan Barca pada Ogos untuk gergasi Paris, Paris Saint-Germain.
Dalam temu bual dengan 20 Minutos minggu lalu, Xavi tidak merahsiakan hasratnya untuk menguruskan Barcelona.
“Ideal saya adalah untuk melatih Barca, itu adalah matlamat dan impian saya dan saya tidak pernah menyembunyikannya,” katanya.
Menurut RAC1, Xavi sentiasa menjadi pilihan utama Barcelona, dengan pelbagai bekas legenda Barcelona lain seperti Rivaldo juga telah memberikan sokongannya untuk kepulangan Xavi.
“Selepas pemergian Koeman, saya sangat ingin Xavi mempunyai peluang ini untuk menjadi jurulatih baharu Barcelona,” kata pemain Brazil itu di Instagram.
“Saya mempunyai banyak keyakinan kepadanya untuk mengeluarkan Kelab daripada situasi ini.”