Premier League Berita

Man United kalah lagi, tersingkir dari Piala Carabao

Manchester United tersingkir dalam pusingan ketiga Piala Carabao setelah mengalami kekalahan tipis 1-0 kepada West Ham United di Old Trafford pagi tadi.

Ini meskipun United mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas West Ham ketika saingan Premier League pada hari Ahad.

Namun kali ini, Ole Gunnar Solskjaer membuat 11 pertukaran dengan penyerang Cristiano Ronaldo, pemain tengah Paul Pogba dan pemain pertahanan Raphael Varane antara bintang yang tidak tersenarai berikutan kesibukan perlawanan, sementara Bruno Fernandes berada di bangku simpanan.

David De Gea, Luke Shaw dan Harry Maguire semuanya diberi cuti untuk memberi ruang kepada pemain seperti Eric Bailly, Diogo Dalot dan Donny van de Beek.

Dean Henderson kembali ke gawang untuk membuat penampilan senior pertamanya sejak pulih dari COVID-19 sementara Alex Telles membuat kemunculan semula berikutan kecederaan pergelangan kaki yang dialami semasa pramusim.

West Ham yang juga membuat 10 pertukaran pemain memulakan perlawanan dengan baik apabila pemain sayap Manuel Lanzini mudah menyudahkan hantaran lintang dari Ryan Fredericks pada minit ke-9.

United merayu sepakan penalti apabila pemain tengah Jesse Lingard mendakwa bahawa Mark Noble menjatuhkannya dengan menarik bajunya dalam kotak penalti namun dinafikan pengadi.

Pasukan Ole Gunnar Solskjaer juga mempunyai peluang untuk menyamakan kedudukan, yang terbaik menerusi penyerang Mason Greenwood iaitu peluang satu lawan satu setelah masuk sebagai pemain gantian pada 62 minit, memaksa penjaga gol West Ham, Alphonse Areola menyelamatkannya.

Greenwood menggantikan salah satu pemain United yang paling mengecewakan, Anthony Martial yang hanya membuat satu percubaan sepanjang perlawanan.

Hanya dua gola dalam 24 penampilan menunjukkan mengapa beliau kini menjadi penyerang pilihan keempat United di belakang Ronaldo, Greenwood dan Edinson Cavani.

Namun Solskjaer enggan menyalahkan Martial.

“Saya rasa tidak tepat untuk bercakap mengenai prestasi individu,” kata ketua jurulatih United itu.

“Dia sama dengan pemain lain dalam pasukan. Kami bermain bola sepak yang bagus, kami tidak mempunyai kelebihan dan dia tahu apa yang kami mahukan dari dia. Dia akan terus berusaha untuk mendapat peluangnya.

“Ia adalah permulaan yang buruk dan ketika kami memutuskan untuk memberi tekanan, kami bermain bola sepak yang bagus. Banyak percubaan, banyak tekanan, sikap yang sangat baik, tapi kami ada sedikit kekurangan.

“Ini adalah penalti yang jelas untuk Jesse sekali lagi. Mark Noble jatuh dan menariknya. Anda tidak boleh terlalu memikirkannya.

“10 minit pertama kami lambat panas dan itu adalah sesuatu yang harus kita atasi. Saya tidak berpuas hati dengan permulaannya tetapi kami tidak dapat berada dalam situasi seperti ini dan mengharapkan kemenangan, kami perlu memulakan perlawanan dengan lebih baik. ”

David Moyes pula mempunyai malam untuk dikenang.

Pada perlawanan kesembilannya melawan United sejak mereka memecatnya pada April 2014, dia akhirnya meraih kemenangan.

West Ham tidak pernah mencatatkan kemenangan di Old Trafford sejak Mei 2007 tetapi kali ini ia sesuatu yang akan diingati, terutama selepas kekalahan mereka sebelum ini hasil jaringan gol Lingard pada minit ke-89.

United mengakhiri perlawanan ini dengan 27 percubaan tetapi Alphonse Areola yang membuat debutnya dengan West Ham, tidak pernah kelihatan panik.

West Ham sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol ketika United sedang berusaha untuk mencari gol penyamaan.

Pertama, pemain sayap Andriy Yarmolenko melepaskan peluang terhidang dihadapan gol, selepas rembatannya sekadar terkena tiang dengan rembatan kaki kiri setelah dia berjaya melepasi penjaga gol United, Dean Henderson.

Beberapa minit kemudian, pemain tengah Mark Noble melepaskan peluang satu lawan satu, namun wisel penamat menandakan berakhirnya misi United dalam Piala Carabao.

Man United seterusnya akan menghadapi Aston Villa di Premier League pada hari Sabtu.