Skuad wanita Harimau Malaya mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas tuan rumah Palestin dalam kelayakan Piala Asia 2022 malam ini.
Ini selepas Malaysia tewas 4-0 kepada Thailand dalam perlawanan pembukaan sebelum ini.
Malaysia yang buntu di separuh masa pertama akhirnya menjaringkan gol pendahuluan menerusi Andrea Lee yang mengambil kesempatan di atas kesilapan pertahanan Palestin pada minit ke-57.
Kapten pasukan, Steffi Sarge Kaur melengkapkan kemenangan Malaysia apabila menjaringkan gol menerusi sepakan percuma pada minit ke-81, sekaligus keputusan kekal hingga tamat perlawanan.
Ia satu keputusan yang membanggakan kerana skuad wanita tidak dapat melakukan sebarang persiapan yang mencukupi setelah Piala Tun Sharifah Rodziah tidak dianjurkan untuk dua tahun berturut-turut sejak pandemik Covid-19 melanda negara.