Ikutilah penjaring gol kemenangan dari pertandingan pemenang Liga Juara-Juara 1999 yang tidak dapat dilupakan di bilik paparannya sendiri. Atau manjakan diri anda dengan fantasi lain ketika anda menatap penjaring gol lain yang luar biasa dari final Liga Juara-Juara 2008 yang penuh semangat di kawasan paparannya sendiri. Sementara itu, pameran menarik lain sedang dirancang untuk dilancarkan kemudian …
Selamat datang ke United Wonderland yang baru diubahsuai!
Lengkap dengan paparan pemasangan nostalgia yang menarik dan muzium pamiran orang kenamaan di bentukkan dengan lilin yang kelihatan seperti realistik, dengan iringan hantu nostalgia dari wajah-wajah yang tidak asing dari era lalu yang masih menghantui Panggung Impian Manchester United – pasti ada sesuatu di taman tema ini untuk semua peminat Manchester United untuk dinikmati ketika terpesona dengan ilusi yang menghidupkan kegemilangan yang memukau pada tahun-tahun sebelumnya.
Ini benar-benar montaj yang hebat yang menyandingkan bintang-bintang dari dunia yang lebih tua melewati tahun-tahun yang mereka bermain dengan penuh kegemilangan dulu, bertambah juga beberapa superstar yang kini sedang dalam perjalanan masa senja mereka dan juga penglibatan keajaiban superhero remaja baru dari alam bola sepak semasa ini. Kesemua watak ini dipaksa menjadi kepingan dalam teka-teki jigsaw sebagai bahan dan kandungan menarik untuk pencerita Old Trafford masa kini untuk memikat gerombolan peminat mereka. Marilah semua ke panggung terbaru Manchester United ini.
Suatu ketika dahulu, kelab-kelab selalu mencari pekerjaan untuk bekas pemain mereka di slot seperti di hospitaliti korporat sebagai tanda penghargaan sejati atas layanan yang diberikan pada masa lalu. Dalam kes Manchester United, kelab ini nampaknya semakin melangkah lebih jauh, jika dilihat dari kelakuan mereka yang paling baru dan menggelikan.
Dengan pemegang amanah lama seperti John Murtough akhirnya bermuncul sebagai Pengarah Bola Sepak yang baru dan ‘Baby-Faced Assassin’, Ole Gunnar Solskaer – baru-baru ini ditegaskan semula lagi sebagai pengurus dan impresario yang dilantik sendiri – dengan bersungguh-sungguh berusaha menunjukkan bahawa mereka memang mempunyai apa yang di perlukan untuk mengaturkan semula skuad mereka yang tersesat sejak 2013 sampai sekarang. Jika di pandangkan secara sepintas lalu, sebenarnya beberapa pemain United dapat disalah anggap sebagai rasul yang telah ditahbiskan dalam formasi permainan baru, tetapi sebenarnya keseluruhan ini merupakan satu tontonan yang menggambarkan kisah Old Trafford sekarang yang memang memalukan, berusaha untuk mengitar semula kegemilangan masa lalu dari peti harta karun United yang tidak terhad sejarahnya.
Tuduhan keras dan tidak adil terhadap kuasa yang ada di kelab lama yang merupakan institusi Inggeris yang dihormati seperti Big Ben?
Memang tidak, sebenarnya ini adalah tragedi Shakespeare yang benar pada masa ini setelah ksatria legenda yang terbesar dan sejati, Sir Alex Ferguson, menunggang kuda yang luar biasanya dan menuju ke matahari terbenam yang memukau pada tahun 2013. Hari ini tempat ksatria hebat ini telah dirampas, walaupun dengan niat terbaik, oleh Don Quixote menunggang seekor kaldai, diserang dengan fantasi menentang kincir angin yang berubah menjadi naga dan iblis yang jahat, yang harus dikalahkan dengan lembing saktinya.
Jangan salahfahami pada saat ini bahawa ada yang salah dengan mengejar bintang-bintang baru yang meningkat seperti Jadon Sancho atau pemain yang terbukti dan berpengalaman luas seperti Raphael Varane yang masih tampil di puncak dunia bola sepak. Sebaliknya, ini adalah pencapaian yang sangat terpuji yang benar-benar layak dipujikan.
Sebenarnya, pergerakan papan catur di tingkap perpindahan musim panas yang licin baru-baru ini oleh pengurusan United hampir tidak bernoda dan benar-benar memberi sinar harapan bahawa Old Trafford terbangun dari tidur dan mungkin akhirnya bergerak ke arah baru dengan peta jalan yang jelas untuk masa depan, berbeza dengan aktiviti perpindahan tanpa warna dalam beberapa tahun kebelakangan – sehingga episod terbaru meletus memperkenalkan semula Cristiano Ronaldo, walaupun masih menjaringkan gol tetapi tidak dapat dinafikan bahawa dia kian merupakan aset semakin tua yang kini juga mulai dikompromikan dengan penurunan kegunaan dan nilainya dari sudut pandangan komersial dan di lapangan.
Sekiranya lembaga utama United kini benar-benar menepuk punggung mereka dengan semangat kerana ‘tangkapan’ terbaru mereka ini, khayalan diri mereka pasti lebih mendalam daripada yang dijangkakan. Pencapaian Red Devils untuk menarik balik Cristiano Ronaldo semestinya bukan pencapaian yang setara dengan pergabungan Paris Saint-Germain dengan Lionel Messi yang baru ini menggemparkan bumi.
Penandatanganan Messi oleh kelab Parc des Princes, walaupun sepenuhnya tidak dirancang dan kebetulan berpunca dari pemergian Argentina yang tidak dijangka dari Camp Nou, bertepatan dengan sempurna dengan rancangan yang dibuat olih kelab Parisien ini dengan teliti dan yang juga dengan rajin lama direncanakan bahkan sebelum mereka memperoleh kelab PSG sebagai sebahagian daripada MasterPlan untuk peningkatan dan kegemilangan ekonomi masa depan mereka. Untuk semua maksud dan tujuan, ini adalah situasi menang-menang atau ‘win-win’ bagi kedua-dua pihak, iaitu Messi dan pemilik kelab Qatar, dan pastinya bukan satu pergerakan yang tidak awal di rancangkan.
Tidak dapat dinafikan, Messi dan Ronaldo kedua-duanya berusia pertengahan 30-an, dengan bekas kapten Barcelona dua tahun lebih muda. Titik utama pembezaan yang menunjukkan nilai kedua titan ini – dari sudut pandangan berorientasikan prestasi semata-mata dan juga dari segi nilai komersial adalah dua tahun itu yang memisahkan mereka dari segi usia. Dalam dunia bola sepak profesional yang berdaya saing dan hebat, di mana ia adalah kelangsungan hidup dan peningkatan yang paling sesuai, jurang usia dua tahun akhirnya menjadikan perbezaan terbesar dan terpenting sekali.
Lionel Messi disambut dengan penuh kemesraan dan dipuja oleh semua peminant bukan sahaja di seluruh Perancis tetapi juga oleh peminatnya di seluruh dunia sebagai gladiator utama yang memperjuangkan kelab gergasi Perancis untuk era baru…. sementara kembalinya Ronaldo untuk menanam kembali akar tubinya di Manchester United diumumkan pada skala yang lebih tenang tanpa iringan kemegahan.
Sejujurnya, orang-orang yang kini benar-benar bersinar dengan kegembiraan yang tak terkalah di wajah mereka adalah pemilik dan peminat Juventus, kelab terbesar di Serie A, kerana Bianconeri kini akhirnya dapat melepaskan beban besar yang telah membebani punggung mereka selama beberapa tahun hingga baru-baru ini.