Malaysia Berita

Tan Cheng Hoe pertahan tindakannya kekalkan De Paula sehingga 90 minit

Tan Cheng Hoe mempertahankan keputusannya untuk mengekalkan Guilherme De Paula sepanjang tempoh perlawanan menentang UAE, walaupun tidak mempamerkan aksi yang memberangsangkan.

Beliau percaya, De Paula mampu menjaringkan gol dan enggan menggantikannya dengan pemain lain.

“Kita percaya dengan fizikalnya dan kita tahu beliau mempunyai penyudah yang baik,” katanya kepada Bernama.

“Kita fikir positif kerana waktu itu kita ketinggalan 1-0, jadi boleh dapat gol penyamaan menerusi De Paula.”

Malah, beliau berkata, De Paula kemungkinan akan terus beraksi dalam kesebelasan utama pasukan negara dalam pertemuan menentang Vietnam pada 11 Jun dan Thailand pada 15 Jun ini.

“Saya rasa bagi keseluruhan perlawanan itu, kita tak dapat salahkan satu atau dua pemain sahaja.

“Rata-rata pemain juga tidak berada pada tahap terbaik.”