LaLiga Berita

Joan Laporta terpantas melonjak di hadapan saingan Liga Perdana untuk mendapatkan bintang bertaraf dunia

Sejurus selepas pelantikan rasminya sebagai presiden Barcelona yang baru diundi, Joan Laporta adalah yang terpantas dari blok permulaan untuk membuat tawaran pertama untuk bintang muda terpanas di dunia bola sepak hari ini, dengan menyedari sepenuhnya bahawa dia perlu membuat percubaan dalam tingakap perpindahan jika dia beringin meyakinkan pemain dan ahli Barca bahawa ia memang serius membawa Barcelona sekali lagi ke puncak kejayaan and kecemerlangan.

Lagipun, membawa kelab kembali kepada hari-hari kegemilangan yang mereka mengalami pada satu masa yang dulu memang seperti tugas membersihkan kandang Aegean. Tetapi jika ada orang dalam hierarki Camp Nou yang dapat melakukan ini, kemungkinan besar itu adalah Laporta yang karismatik, orang yang pada masa pertamanya sebagai Presiden di Camp Nou bertanggungjawab terutamanya untuk membawa Barcelona ke puncak kegemilangan.

Di sebalik masalah kewangan kuat yang menimpa Barcelona yang disebabkan olih pemerintahan Lembaga yang terhuru-hara dibawah pimpinan Josep Maria Bartomeu, Presiden Camp Nou yang baru telah melancarkan serangan pertama dengan menjadi yang pertama membuat tawaran rasmi kepada Mino Raiola untuk pelanggan terpanasnya, Erling Haaland, menurut Sport.

Memandangkan kelab-kelab terunggul Eropah seperti Real Madrid, Manchester City, Manchester United dan Chelsea yang semuanya berminat untuk menandatangani penyerang muda terhangat didunia bola sepak hari ini, langkah berani Laporta adalah yang pertama dibuat di meja poker pasaran perpindahan tinggi untuk Haaland sebagai hadiah yang didambakan.

Presiden Barca tanpa was-was membuat tawaran pertama, dengan kemungkinan besar keberaniannya didukung oleh hubungannya yang rapat dengan Raiola.

Ini boleh menjadi kad terpentingnya yang akan membayar dividen yang paling indah.