Berita AFC Champions League

ACL2021: JDT diundi bertemu Jiangsu, Nagoya Grampus

Majlis undian AFC Champions League bagi musim 2021 menyaksikan Johor Darul Ta’zim FC diundi dalam kumpulan G.

Dalam kumpulan G tersebut, JDT dijadualkan bertemu juara bertahan Liga Super China, Jiangsu Suning dan kelab Liga Jepun, Nagoya Grampus.

Satu lagi pasukan akan ditentukan menerusi pusingan play-off melibatkan juara ACL tiga kali, Pohang Steelers yang akan bertemu pasukan Liga Thailand, Ratchaburi Mitr Phol.

Ini merupakan penampilan ketiga JDT dalam ACL sejak 2019.