Terengganu dilaporkan sedang melakukan rombakan besar-besaran dan akan membariskan senarai pemain baharu pada musim depan.
Rombakan itu dibuat kemungkinan bagi menguatkan lagi pasukan Terengganu yang akan bersaing dalam Piala AFC 2021.
Setakat ini, beberapa sumber di media melaporkan pemain import Lee Tuck, Sanjar Shaakhmedov dan Faris Ramli akan meninggalkan pasukan.
Malah, Faris Ramli sudah pun mengucapkan selamat tinggal kepada Terengganu.
Status penyerang Dominique da Sylva dan Boubacar Diallo masih belum diketahui.
Bukan itu sahaja, Darren Lok dan D Saarvindran juga dijangka meninggalkan pasukan Pantai Timur itu.
Namun terdapat spekulasi Terengganu berminat untuk membawa masuk Faisal Halim dan pemain sayap, Wan Zack Haikal Wan Noor.