Liga Super Malaysia Berita

RASMI: JDT juara Liga Super buat kali ke-7

Johor Darul Ta’zim FC secara rasminya dinobatkan sebagai juara Liga Super musim 2020 selepas menewaskan Sabah 4-1 di Stadium Sultan Ibrahim.

Kemenangan itu juga bermakna JDT sudah memenangi Liga Super sebanyak tujuh kali berturut-turut.

Dalam perlawanan tadi, JDT mendahului menerusi jaringan Diogo Luis Santo pada minit ke-38.

Safawi Rasid menggandakan jaringan dengan gol jarak jauh pada minit ke-57.

JDT bagaimanapun dikejutkan dengan gol dari Sabah menerusi Dennis Buschening pada minit ke-74.

Namun tuan rumah kembali selesa di depan apabila kerjasama yang ditunjukkan oleh barisan pemain JDT membuahkan hasil menerusi jaringan Safawi pada minit ke-81.

Leandro Velazquez melengkapkan kemenangan JDT menerusi sepakan percuma pada minit ke-84.

Secara keseluruhan, JDT mengumpul 26 mata selepas 10 perlawanan.

JDT akan bertemu Melaka dalam perlawanan terakhir untuk saingan liga musim ini.