Mohamadou Sumareh dilaporkan telah mengesahkan sendiri bahawa beliau akan menyertai kelab Thailand, Police Tero FC.
Menurut Utusan, pengesahan itu dibuat secara ringkas oleh pemain berusia 25 tahun itu, namun tidak menerangkannya secara terperinci mengenai tempoh kontraknya.
“Betul,” katanya kepada Utusan.
Sumareh bagaimanapun masih mempunyai kontrak dengan Pahang sehingga 2022.
Jika benar, Sumareh akan mula beraksi di Liga Thailand yang dijangka bersambung pada 12 September ini.
Sumareh juga akan menjadi pemain Malaysia ketiga yang beraksi di Liga Thailand tahun ini, selepas Dominic Tan menyertai Police Tero dan Norshahrul Idlan Talaha menyertai BG Pathum United awal tahun ini.