AFC membuat keputusan untuk menunda kesemua perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada tahun ini.
Keputusan itu dibuat berdasarkan situasi kebanyakan negara yang masih bergelut dengan wabak COVID-19.
“Disebabkan situasi tersebut, FIFA dan AFC membuat keputusan bersama bahawa semua perlawanan kelayakan untuk Piala Dunia Qatar 2022 dan Piala AFC China 2023 yang dijadualkan berlangsung pada Oktober dan November 2020, akan dijadualkan semula pada 2021,” menurut kenyataan AFC hari ini.
“Dengan usaha untuk menjaga kesihatan dan keselamatan semua peserta, FIFA dan AFC akan terus bekerjasama dan memantau situasi di rantau ini dan mengenalpasti tarikh baharu yang sesuai untuk setiap perlawanan kelayakan.”
“Maklumat lanjut mengenai tarikh baharu akan diumumkan kemudian.”
Ini bermakna skuad kebangsaan tidak akan beraksi pada tahun ini, selepas perlawanan menentang UAE, Vietnam dan Thailand ditunda pada tahun hadapan.
Ia juga menimbulkan persoalan sama ada perlawanan persahabatan berdepan Bahrain dan Kuwait akan diteruskan atau dibatalkan.