Liga Premier Malaysia Berita

Kelantan mahu Liga Malaysia musim 2020 dibatalkan

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Hussin Deraman mahu MFL membatalkan Liga Malaysia musim ini.

Ini selepas Kelantan dikenakan pemotongan tiga mata setelah didapati gagal membayar tunggakan gaji pemain dan pegawai pada 30 Julai lalu.

Jika gagal menyelesaikan tunggakan pada 31 Ogos, Kelantan mungkin tidak akan mendapat lesen kelab untuk bersaing pada musim depan.

“Sudah tentu apabila saingan liga bersambung, setiap perlawanan memerlukan kos lebih tinggi membabitkan pengangkutan, penginapan dan kawalan keselamatan,” katanya kepada Harian Metro.

“Penonton pula tidak dibenarkan untuk hadir ke stadium sekali gus Kelantan hilang sumber kewangan yang boleh digunakan bagi menampung perbelanjaan.

“Jika melihat pada situasi sekarang, lebih baik dibatalkan seterusnya boleh memberi tumpuan menyelesaikan tunggakan gaji dan penswastaan yang tinggal dua bulan lagi.”