Liga Super Malaysia Berita

PJ City kena denda RM30,000

Selepas gagal menyediakan venue tuan rumah untuk perlawanan Liga Super berdepan Terengganu pada 14 Mac lepas, MFL membuat keputusan untuk mendenda PJ City FC sebanyak RM30,000 beserta amaran.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan berkata, PJ City dianggap gagal memastikan proses baik pulih Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) siap pada tempoh ditetapkan, malah gagal mencari venue lain sebagai ganti sehingga menyebabkan perlawanan terpaksa ditangguhkan.

“PJ City dikenakan denda oleh Ahli Lembaga MFL apabila didapati gagal menyediakan venue sebelum perlawanan menentang Terengganu berlangsung,” katanya kepada Harian Metro.

“Ia menjadi iktibar kepada pasukan lain supaya tidak memandang remeh isu berkaitan venue kerana ia boleh menjejaskan semua pihak dan menyebabkan perlu mengubah tarikh perlawanan Liga Malaysia.”

Perlawanan antara Terengganu dan PJ City akan diadakan pada 22 Ogos di Stadium MBPJ.