
Pemain import Kelantan FA, Kang Seung-Jo membuat keputusan untuk meninggalkan pasukan Liga Perdana itu berkuat kuasa serta-merta.
Setiausaha Agung KAFA, Husin Deraman berkata keputusan itu dibuat secara bersama dengan pemain pertahanan berusia 34 tahun yang berasal dari Korea Selatan bagi menyertai pasukan Liga Divisyen Kedua Korea Selatan, Gyeognam FC.
“Kami telah melakukan penamatan bersama daripada kedua-dua pihak,” katanya kepada Bernama.
https://www.facebook.com/GyeongnamFC/posts/3318464501518313
“Kami ucapkan selamat maju jaya kepada pemain import itu dan terima kasih atas khidmat yang telah diberikan kepada pasukan sepanjang bersama pasukan.
“Pasukan Kelantan kehilangan pemain yang berkualiti untuk membantu pasukan berdepan baki saingan Liga Malaysia yang bakal bersambung 15 Ogos depan selepas hampir lima bulan ditangguhkan akibat wabak COVID-19.”
Tiga lagi pemain import yang masih bersama Kelantan musim ini iaitu Felix Chidi Odili dari Nigeria dan Christopher Jackson (Liberia) yang kedua-duanya beraksi sebagai penyerang dan Masaki Watanabe (Jepun) di posisi pertahanan.