Liga Super Malaysia Berita

Kelantan FA dapat sumbangan Mat Sabu

KAFA memberitahu bahawa badan bolasepak Kelantan itu menerima sumbangan sebanyak RM1,000 daripada bekas penasihat KAFA, Mohamad Sabu.

Sumbangan itu sedikit sebanyak meringankan beban kewangan yang dihadapi KAFA ketika ini.

“Sumbangan diterima oleh Presiden KAFA, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan KAFA mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Mohamad Sabu.

“KAFA mengalu-alukan mana-mana ahli politik tidak kira apa jua fahaman turut membantu KAFA atas kepentingan sukan nombor satu rakyat Kelantan,” menurut KAFA dalam kenyataan.

Ketika ini, KAFA sedang berdepan dengan hutang RM5 juta meliputi tunggakan gaji bekas pemain tempatan dan juga bekas pemain importnya.

Ini termasuk kes FIFA yang melibatkan bekas pemain import iaitu Cassio dengan tunggakan gaji terbesar sebanyak RM629,620.28 diikuti dengan Bruno Lopes dengan tunggakan gaji RM141,103.60 dan terbaru Alaeddine Bouslimi dengan tunggakan gaji bernilai RM157,380.