Liga Premier Malaysia Berita

Kelantan FA masih berhutang dengan Amiridzwan Taj berjumlah lebih RM160,000

Amirizdwan Taj Tajuddin mendedahkan tunggakan gajinya masih belum dibayar oleh KAFA yang berhutan sebanyak RM167,304.

Pemain berusia 34 tahun itu turut mendedahkan bekas pegawai Kelantan FA, Mohd Hisham Jainudin juga masih menunggu tunggakan gajinya yang berjumlah RM11,166.

“Mereka kata mahu melakukan perbincangan dalam hal ini, namun tidak pernah menghubungi saya untuk berbincang bagi menyelesaikan masalah ini,” katanya kepada Arena Metro.

“Saya bukannya kejam minta KAFA selesaikan semua tunggakan gaji, tapi saya terbuka mengadakan perbincangan untuk mencari kaedah terbaik bagi pembayaran itu.

Amiridzwan juga meluahkan rasa hairan dengan tindakan KAFA yang melancarkan Tabung Selamatkan Bola Sepak Kelantan apabila menerima tekanan daripada FIFA.

“KAFA sibuk melancarkan Tabung Selamatkan Bola Sepak Kelantan untuk membayar tunggakan gaji pemain import, Cassio De Jesus, Bruno Lopes dan Alaeddine Bouslimi sebagaimana yang diarahkan FIFA.

“Kami tertanya-tanya adakah KAFA mengambil langkah sama untuk pemain tempatan…kami juga mempunyai tanggungan, kami mahu persatuan berlaku adil terhadap pemain tempatan.

Amiridzwan menambah, beliau akan memberi masa sehingga 30 Jun untuk KAFA mengadakan perbincangan.

“Kami tunggu sehingga tarikh itu dan tengok apa yang berlaku, jangan hanya bijak buat keputusan mempergunakan kami untuk kepentingan KAFA bagi mengelakkan dikenakan tindakan oleh FAM dan FIFA.”