Futsal Berita

Liga futsal dijangka bermula 1 September

Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) dijangka bermula kembali pada 1 September, sama seperti Liga Malaysia.

Perkara itu disahkan sendiri oleh FAM setelah menjelaskan bahawa Liga Futsal turut dikemukakan dalam rayuan terhadap Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Jurulatih pasukan futsal Terengganu, Mohd Rozairi Ahmad berkata, berita tersebut sedikit sebanyak melegakan warga futsal malah jadual liga tidak akan ada rombakan besar-besaran seperti Liga Malaysia.

“Perkembangan ini berita positif buat kami, lagipun perlawanan berlangsung dalam dewan tanpa sebarang gangguan sama ada disebabkan cuaca dan sebagainya,” katanya kepada Arena Metro.

“Tapi mungkin jadual menjadi padat, namun kami sedia beraksi dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak kerajaan.

“Sekiranya ada masa, selain liga, FAM juga boleh meneruskan saingan Piala Futsal Malaysia yang pertama kali bakal diperkenalkan musim ini, tapi itu terpulang kepada FAM, namun besar harapan kami agar liga dapat dilangsungkan biarpun tanpa penonton.”