Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Datuk Ab Ghani Hassan berkata, status stadium PJ City dan Stadium Shah Alam masih belum dapat dikenal pasti buat masa ini.
Katanya, pemeriksaan status dua stadium berkenaan hanya boleh dilakukan jika MFL mendapat kebenaran untuk menyambung liga.
“MFL akan turun membuat pemeriksaan semula sebelum Liga disambung semula namun segalanya bergantung kepada KKM dan MKN sekiranya liga dibenarkan untuk disambung pada tarikh yang dirancang itu,” katanya kepada Arena Metro.
Sebelum ini, Selangor tidak dapat menggunakan Stadium Shah Alam kerana masalah struktur bumbung yang menyebabkan beberapa serpihan jatuh ke tempat duduk penonton, sekali gus boleh membahayakan mereka yang berada dalam stadium.
Stadium PJ pula tidak dapat digunakan kerana masih menjalani kerja-kerja membaik pulih dan mengambil masa yang lama untuk menyelesaikannya.