Liga Super Malaysia Berita

Hamidin: Bolasepak Malaysia pasti akan kembali

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berharap para peminat bolasepak dapat terus bersabar dan memberi jaminan bahawa bolasepak Malaysia akan kembali beraksi, walaupun masih lagi dalam ancaman wabak COVID-19.

Beliau percaya, bolasepak masih boleh diteruskan walaupun dalam keadaan yang tidak mengizinkan.

“Jika tahun lalu kita berhari raya dengan tema Raya Bola di Stadium Nasional Bukit Jalil bersama Harimau Malaya kerana skuad negara mengharungi perlawanan pusingan pertama play-off kelayakan Piala Dunia 2022 bertemu Timor-Leste, tahun ini sambutan kita jauh berbeza dengan hanya duduk di rumah.

“Hari penuh mulia ini marilah kita terus berdoa ke hadrat Allah SWT agar pandemik COVID-19 ini segera berakhir dan aktiviti bola sepak negara akan kembali dapat diteruskan.”

Walaubagaimanapun, Hamidin tetap bersyukur kerana masih dapat menyambut lebaran.

“Meskipun kita hanya mampu menyambutnya dengan syarat terhad tanpa berjabat tangan, hari kemenangan ini tetap disambut dengan penuh kenikmatan serta kesyukuran.

“Kini jemari tak sempat berjabat, kini raga tak dapat bertatap….seiring seruan takbir berkumandang ini, salam tulus ikhlas daripada saya dan warga kerja FAM mengucapkan Salam Aidilfitri…mohon maaf zahir dan batin.”