Liga Super Malaysia Berita

Pemain Felda United Tidak Setuju Gaji Potong Sampai 20 Peratus

Pemain Felda United Tidak Setuju Gaji Potong 20 Peratus

Keputusan Felda United untuk membuat pemotongan gaji antara lima hingga 20 peratus mendapat reaksi yang berbeza daripada barisan pemain.

Kapten pasukan, Jasazrin Jamaluddin hanya bersetuju jika gaji pemain dipotong sehingga 10 peratus sahaja.

“Selaku kapten, pandangan rakan lain juga perlu diambil kira kerana gaji yang diterima musim ini tidak tinggi,” katanya kepada Arena Metro.

“Kami tiada masalah dan bersetuju potongan antara lima hingga 10 peratus tetapi ia bergantung kepada tangga gaji.

“Sebaiknya, gaji RM10,000 ke atas hanya dipotong 10 peratus manakala bawah RM9,000 pula sekadar lima peratus sahaja.

“Kami faham dengan situasi sekarang berikutan penularan wabak covid-19 dan penangguhan Liga Malaysia, potongan yang ingin dilakukan perlu juga mengambil pandangan semua pemain,” katanya.