Matt Hancock, Setiausaha Negara untuk Penjagaan Kesihatan dan Sosial, telah mengambil kesempatan untuk mencucuk pemain-pemain Liga Perdana menyuruh mereka supaya memainkan peranan penting untuk mengurangkan kesan wabak koronavirus dengan membuat sumbangan mereka kepada NHS mengambil potongan gaji secara keseluruhan.
Beliau juga meminta mereka untuk menghormati pengorbanan yang dibuat oleh rakan sekerjanya di barisan depan NHS ketika mereka bekerja setiap hari untuk memerangi pandemik. Ini semua merupakan cercaan besar dan tuduhan tersembunyi bahawa pemain Liga sebenarnya bersikap kejam hati yang tidak pedulikan kebajikan dan kesejahteraan orang lain yang kurang bernasib baik.
Walaupun Hancock seharusnya menghabiskan waktunya untuk memikirkan bagaimana negara England patut bertentang dengan ancaman koronavirus yang telah meragut ribuan nyawa di pantai ini, dia malahny mencabarkan pemain Liga Perdana.
“Memandangkan pengorbanan orang ramai, termasuk beberapa rakan saya di NHS, yang telah membuat pengorbanan muktamad dan pergi ke tempat kerja dan menangkap penyakit itu dan ada pun yang sedihnya mati,” katanya minggu lalu.
“Saya fikir perkara pertama yang dapat dilakukan oleh pemain bola sepak Liga Perdana ialah memberi sumbangan; mengambil potongan gaji dan memainkan peranan mereka.”
Berpandai-pandai menyusun senario barisan hadapan NHS yang terlalu banyak berkorban bekerja dan membingkaikan ini dengan penggambaran pendapatan tinggi yang dibayar kepada pemain-pemain Liga Perdana adalah cubaan terhina Hancock untuk memalukan pemain Liga Perdana supaya merupakan penjahat tanpa perikemanusiaan.
Ini memang menimbulkan persoalan mengapa NHS begitu bersikeras bergantung pada pemberian dari sekumpulan orang yang pada hakikatnya hanya terdiri dari dua persen dari tenaga kerja jutawan UK?
Jelas ini adalah tipu muslihat penyelewengan yang dibuat untuk menghasilkan suara kutat untuk mengacau, mengalihkan perhatian dari isu-isu penting yang menekan dan lepaskan kesalahan pada pihak lain.
Lagipun, barisan hadapan NHS yang ditekan keras telah pun mengalami banyak kesukaran dari segi kewangan disebabkan olih potongan akibat dasar jabatan Hancock sendiri. Niatnya adalah untuk membiarkan orang lain mengambil kesalahan itu.
Sekiranya Hancock rajin dan melakukan penyelidikan seterusnya, dia akan mendapati bahawa roda telah beralih dipihak para pemain terkemuka bola sepak yang memang berniat ingin membantu negara mereka dalam krisis, dan mereka tidak sepatutnya dipermalukan olih Hancock.
Beberapa hari sebelum reaksi akhbar negatif dari komen Hancock, kapten Liverpool, Jordan Henderson, sudah mengumpulkan kepten-kepten serakannya di liga untuk memberi mereka idea inisiatif untuk mengumpulkan dana dalam usaha bersama membantu dengan apa-apa juga cara mereka boleh.
Idea Henderson langsung panas disokong dan dalam seminggu, inisiatif #PlayersTogether dilahirkan. Skim sukarela ini pada dasarnya adalah penciptaan dana sumbangan di mana wang akan disalurkan di mana ia sangat diperlukan pada masa krisis nasional ini.
“Jordan Henderson mungkin menjadi kapten juara Eropah tetapi dia juga seorang anak kelas pekerja dari Sunderland yang layak mendapat kepercayaan penuh untuk membawa kita bersama-sama, dia menunjukkan apa yang membuat seorang pemimpin sejati,” kata kepten Burnley, Ben Mee.
Hancock juga akan merasa bersungut-sungut untuk mengetahui bahawa komen antagonistik beliau datang pada minggu yang sama dimana pendedahan telah dibuat mengenai Sadio Mane sedang membina sebuah hospital di tanah airnya di Senegal bersama sekolah yang sudah dicipta atas namanya. Pemain berusia 28 tahun itu juga menyumbangkan £41,000 pada bulan lalu untuk membantu memerangi coronavirus.
Bagi Liverpool, tidak kurang daripada 27 anggota skuad telah mengesahkan sokongan mereka untuk inisiatif #PlayersTogether.
Apa lagi yang bolih dilakukan Hancock selain menyiarkan tweet pada hari Khamis malam, “Sangat mengalu-alukan keputusan besar hati ini dari begitu banyak pemain bola sepak Liga Perdana untuk membuat #PlayersTogether untuk menyokong NHS Charities. Anda memainkan peranan anda.”
Sungguh mengagumkan betapa rendahnya sebahagian manusia bolih bertindak untuk mengeksploitasi keadaan yang dapat melayani kepentingan mereka sendiri dengan mengorbankan orang lain.
Bagi Jordan Henderson, sama ada dia menghantar mesej sokongan kepada keluarga mangsa Hillsborough atau menandakan Hari Peringatan dengan jawatan media sosial yang pedih, dia selalu membawa dirinya dan kelabnya dengan kelas dan kerendahan hati.
Sekarang dia telah membuktikan ikhlasnya dengan inisiatif baru #PlayersTogether dengan rakan-rakan bola sepaknya diseluruh Liga Perdana untuk kebajikan orang bukan sahaja dari NHS.