Liga Perdana Berita

Kyle Walker didenda dan ditendang keluar pasukan England

Apakah bolih kita buat untuk meluangkan masa dibelakang pintu tertutup di tengah-tengah kekacauan wabak coronavirus ini?

Nah, untuk permulaan, mungkin anda boleh ambil sedikit masa untuk menjaga tanaman herba didalam rumah, memulakan projek aquaponics rumah yang sudah lama anda berminat, belajar memainkan violin cara YouTube, atau bersia-sia dengan sukahati mengikut hati sendiri membuat seribu lain hobi menarik yang anda tidak pernah ada masa sebelum ini untuk memupuk nafsu rahsia dan indulgensi anda.

Atau, jika anda personaliti bola sepak terkenal dengan sedikit masalah menjaga hormon anda, dan mempunyai nafsu untuk sesuatu yang agak berlainan secara fizikal, anda boleh membuat beberapa panggilan dan menjemput beberapa ‘rakan’ ke rumah anda.

Dan itulah yang dilakukan olih Kyle Walker baru-baru ini. Berita mengatakan bahawa pada hujung minggu Walker, yang bermain Manchester City, dan temannya berhubung dengan dua pelacur untuk sesi seks parti selama tiga jam dirumahnya. Ia pastinya kelihatan seperti dia mempunyai tafsiran yang berbeza mengenai istilah ‘menjauhkan sosial’ atau ‘social distancing’ berkenaan dengan pantang larang yang perlu dikekalkan memandangkan pandemik coronavirus.

Kerana tidak disengajakannya, Kyle Walker menimbulkan kemarahan bos pasukan England, Gareth Southgate, yang marah apabila Walker menganjurkan parti seks di kondo kemewahannya di Manchester, jelas tidak menghiraukan langkah pencegahan semasa penguncian. Pendek kata, dia tidak akan mewakili pasukan England sekali lagi di bawah Gareth Southgate kerana The Star mendakwa pengurus England itu tidak lagi menganggapnya sebagai pilihan skuad kebangsaan.

Walaupun pemain pertahanan Tiga Lions telah pun mencuba membetukan kesalahannya beberapa jam selepas sesi parti seks itu berakhir dengan mengeluarkan permintaan maaf yang menggesa penyokongnya untuk mengikuti nasihat Kerajaan dengan pesanan tinggal di rumah untuk membantu meredakan ketegangan di NHS, sudah terlambat untuk menyelamatkan keadaan sulitnya terhadap posisinya dlm pasukan negara.

“Saya mahu mengambil kesempatan ini untuk mengeluarkan permintaan maaf awam atas pilihan yang saya buat minggu lalu yang telah menghasilkan kisah hari ini (Ahad) mengenai kehidupan peribadi saya dalam akhbar harian,” kata Walker.

“Saya faham bahawa kedudukan saya sebagai pemain bola sepak profesional membawa tanggungjawab sebagai model peranan. Oleh itu, saya ingin memohon maaf kepada keluarga, kawan, kelab bola sepak, penyokong dan orang ramai kerana mengecewakan mereka.

“Terdapat wira-wira di luar sana yang membuat perbezaan penting kepada masyarakat pada masa ini, dan saya berminat untuk membantu menyokong dan mengetengahkan pengorbanan yang menakjubkan dan kerja menyelamat mereka sepanjang minggu lalu.

“Tindakan saya dalam perkara ini adalah berbeza dengan apa yang sepatutnya saya lakukan terhadap lockdown. Dan saya mahu menyusun semula mesej: Kekalkan rumah, selamatkan.”

Bekas pemain Spurs itu telah mainkan peranan penting dalam membantu England mengamankan tempat di separuh akhir Piala Dunia 2018 di Rusia tetapi kemudiannya mendapati dirinya digantikan oleh bakat muda seperti Trent Alexander-Arnold dan Aaron Wan-Bissaka selepas ity, dengan Southgate meletakkan penekanan pada belia.

Southgate telah meletakkan undang-undang selepas Walker melanggar peraturan lockdown yang dia tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pemain yang tidak berdisiplin.

Walker dijangka didenda £ 250,000 oleh City kerana melanggar peraturan lockdown. Nampaknya perkara nakalmya selama 3 jam dia memang lebih mahal daripada apa yang dijangkakannya, bila mengirakan tambahan tendangan keluarnya dari pasukan England.

Jadi, moral cerita ini ada lah tinggal didalam rumah dan cari hobi yang lebih selamat untuk meluangkan masa!