Liga Perdana Berita

Pengurus dan pemain berdiri di bahagian yang berlainan atas hal potongan gaji

Dalam perkembangan baru yang memang menarik perhatian, pengurus-pengurus diantara kelab terbesar Liga Perdana dilaporkan telah bersetuju untuk menurunkan gaji mereka dalam usaha menghadapi krisis koronavirus tetapi pemain-pemain sebaliknya memutuskan untuk menubuhkan yayasan mereka sendiri dan tidak setuju mengambil potongan gaji.

Perdebatan tentang bagaimana penghasil wang terbesar dalam sukan ini dapat membantu memerangi kesan wabak koronavirus telah memasuki satu bab baru setelah pengurus-pengurus dan pemain-pemain nampaknya mempunyai pandangan yang bertentangan.

Akbar harian Daily Mail melaporkan bahawa kebanyakan 20 pengurus Premier League teratas ‘berpihak kepada kelab’ dan bersedia menerima potongan gaji.

Eddie Howe dari Bournemouth dan Graham Potter dari Brighton adalah antara yang pertama yang sukarela untuk mengurangkan gaji mereka. The Daily melaporkan bahawa kedua-dua pengurus secara peribadi telah mengamalkan kesediaan untuk mengambil potongan gaji semasa krisis coronavirus yang telah memaksakan bolasepak berhenti untuk sementara masa ini. Pengurus Jurgen Klopp dari Liverpool dan David Moyes dari West Ham juga merupakan pengurus terbaru di kalangan pengurus Liga Perdana yang bersedia menerima pengurangan gaji.

Di hujung timbang, para pemain kuat menentang dengan cadangan pemotongan gaji yang drastik, dengan memilih untuk mendirikan yayasan amal dengan kapten Liverpool, Jordan Henderson, dilaporkan telah menjadi watak perunding utama untuk menubuhkan yayasan yang dicadangkan sebagai satu aliran pemain-pemain memilih untuk menentukan wang mereka pergi ke NHS dan bukannya kembali ke poket pemilik-pemilik kelab kaya. Mereka rasa ini adalah cara yang paling berkesan untuk memastikan wang itu digunakan dalam cara terbaik untuk melawan kesan-kesan maut virus Covid-19.

Kebanyakan kapten kelab liga memang tidak puas hati sebab pengurusan kelab-kelab telah menghampiri para pemain untuk memujuk mereka merundingkan semula kontrak dalam percubaan untuk mengoda mereka menandatangani kontrak. Ini telah mengakibatkan kemarahan di kalangan kepten yang dilaporkan kecewa bahawa mereka dijadikan penyebab dan dicat sebagai orang jahat walau pun di sebaliknya mereka sebenarnya berhasrat sepenuhnya untuk menubuhkan yayasan mereka sendiri.

Mirror Sport melaporkan bahawa satu kelab dengan pemilik kaya telah meminta setiap pemain untuk memotong gaji mereka sebanyak 10% sepanjang tempoh kontrak mereka, sementara satu kelab lain telah cadangkan mengurangkan gaji pemain mereka sebanyak 50 peratus semasa krisis coronavirus.

Tindakan seperti ini lah yang menimbulkan kemarahan dan kebencian para kapten dan pemain. Lagipun, mereka juga melihat dengan mata mereka sendiri bagaimana kelab-kelab yang besar dan banyak beruntung seperti Liverpool dan Tottenham telah meletakkan kebajikan kakitangan di talam jagaan Kerajaan dengan bantuan wang yang tidak bersepatutan.

Liga Perdana sekarang mendakwa bahawa batas potongan dan penangguhan 30% dalam tempoh maksimum 12 bulan akan dikaji secara bulanan, yang kesemua 20 kelab bersetuju pada hari Jumaat, dengan komitmen dari setiap ketua eksekutif dan pengerusi untuk bersetuju dengan pemotongan yang sama.