Liga Super Malaysia Berita

JDT: Safawi Rasid tidak diturunkan kerana cedera,  bukannya sebab isu peribadi

Jurulatih JDT, Benjamin Mora menjelaskan Safawi Rasid diketepikan untuk dua perlawanan kerana dibelenggu masalah kecederaan, bukannya kerana isu peribadi.

“Kita masih menunggu penilaian mengenai tahap kecederaannya,” katanya kepada Arena Metro.

“Dia sememangnya bersemangat untuk beraksi semula.

“Tetapi kita perlu menjaga keadaannya sebaik mungkin bagi memastikan apabila dia kembali nanti, dia akan berada pada tahap yang terbaik.”

Meskipun tanpa Safawi, JDT berjaya mengatasi PDRM dengan kemenangan tipis 1-0 menerusi jaringan lewat permainan Diogo Santo pada aksi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam tadi.