Liga Super Malaysia Berita

[VIDEO] Bekas pemain JDT, Aaron Niguez sertai Malaga

Selepas setahun menghilang, bekas pemain JDT Aaron Niguez akhirnya membuat keputusan untuk pulang ke Sepanyol untuk menyertai kelab divisyen kedua, Malaga CF.

Pemain sayap berusia 30 tahun itu merupakan abang kepada pemain Atletico Madrid, Saul Niguez.

Beliau menyertai JDT pada Nov 2018 dengan kontrak lima tahun.

Namun pada bulan Februari 2019, Aaron dilepaskan oleh JDT dan digantikan dengan Leandro Velazquez.

Secara keseluruhannya, Aaron hanya beraksi dalam tiga perlawanan sahaja untuk JDT.