Liga Super Malaysia Berita

PJ City pun mahu beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, tapi…

Presiden PJ City, Datuk Seri Subahan Kamal mengakui mereka memohon untuk beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, memandangkan gelanggang mereka iaitu Stadium MBPJ sedang dalam proses baikpulih.

Namun, PJ akhirnya membuat keputusan untuk beraksi di Stadium UiTM.

“Kami memohon untuk bermain di Stadium Nasional Bukit Jalil, tetapi ia telah diberikan kepada Selangor,” katanya kepada The Star.

“Kami juga mengambil kira sama ada mahu beraksi di Pahang, tapi tiga perlawanan berturut-turut di tempat lawan akan jadi memenatkan.

“Masalah di Stadium MBPJ adalah kecil sahaja kerana kami mahu membaikpulih padang dan bilik persalinan supaya pasukan pihak lawan berasa lebih selesa.

“Tapi baikpulih padang sebelum ini mengambil masa kerana cuaca jadi sekarang ia sedang dibaikpulih. Saya percaya stadium akan sedia digunakan untuk perlawanan seterusnya.”

PJ City akan turun menentang Pahang di Stadium UiTM esok.