Liga Premier Malaysia Berita

MFL tolak penubuhan Kuala Lumpur II

Badan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) membuat keputusan untuk menolak permohonan Kuala Lumpur untuk menubuhkan pasukan feeder, Kuala Lumpur II.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Datuk Ghani Hassan berkata permohonan KL tidak memenuhi syarat yang ditetapkan MFL.

“Hasrat KLFA itu tidak boleh kami terima kerana pasukan dalam Liga M3 hadir daripada saingan Liga M4,” katanya kepada Stadium Astro.

“Jadi, kalau nak terus masuk Liga M3, tidak boleh.

“Saya telah memaklumkan KLFA dan mereka faham, kini tiada lagi isu. Jadi, jika ada pasukan Liga Perdana memohon untuk kelab sokongan, ia tidak boleh dipertimbangkan buat masa ini.”

Sebelum ini Presiden KLFA, Khalid Abdul Samad mengumumkan KL akan mempunyai kelab feeder dalam Liga M3 dan sudah memasuki fasa pengambilan pemain muda dan beberapa pemain berpengalaman.