Liga Super Malaysia Berita

TMJ: Kedah nak Akhyar bayar pampasan RM300,000

Kes perpindahan Akhyar Rashid nampaknya terus hangat diperkatakan apabila pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan jumlah pampasan yang diminta Kedah terhadap bekas pemainnya, Akhyar Rashid bernilai sebanyak RM300,000.

Namun, TMJ menganggap jumlah pampasan itu tidak akan menjadi masalah kerana Akhyar mampu membayarnya, malah keputusan Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) yang berpihak kepada Kedah tidak melibatkan JDT.

“Kes ini Kedah ambil tindakan ke atas Akhyar, bukan JDT. Jadi yang kena bayar adalah Akhyar bukan JDT,” katanya menerusi akaun Instagramnya.

“Kedah nak Akhyar bayar RM300,000, tetapi Akhyar masih boleh buat rayuan untuk bayar kurang dari jumlah itu.

“Tetapi jangan risau, apa-apapun Akhyar akan bayar, dia kaya, terima kasih.”