Penyerang muda berbakat Chelsea, Tammy Abraham yang kembali beraksi ketika menentang Aston Villa selepas pulih daripada kecederaan dilihat berpotensi untuk menjadi penjaring terbanyak liga musim ini.
One of our own. @TammyAbraham 💙 pic.twitter.com/lTwLCUpZfH
— Chelsea FC (@ChelseaFC) December 5, 2019
Perkara ini dinyatakan oleh ketua pasukan The Blues, Caesar Azpilicueta yang memuji persembahan cemerlang Abraham ketika membantu Chelsea membenam Villa 2-1. Abraham menjaringkan satu gol dan mencipta satu bantuan gol dalam perlawanan tersebut.
Azpilicueta percaya pemain muda itu berpotensi untuk menjadi penjaring terbanyak liga jika meneruskan persembahan cemerlang bersama pasukan. Setakat ini, Abraham telah menyumbat 11 jaringan buat Chelsea.
‘Saya yakin dia (Tammy Abraham) mampu untuk pergi lebih jauh. Saya juga yakin dia mampu menjaringkan lebih banyak gol kerana prestasti yang dipamerkan sungguh positif’, katanya lagi.
Abraham bukan sahaja mampu menjaringkan gol tetapi dia juga berperanan baik dalam bermain secara satu pasukan. Malah, dia mencipta satu bantuan gol ketika memperoleh kemenangan menentang Aston Villa.
Azpilicueta berkata Chelsea seharusnya mendapat keputusan yang lebih baik. Tetapi nasib tidak menyebelahi pasukan dan apa yang lebih mustahak ialah memungut tiga mata penuh untuk terus bersaing dikalangan pasukan teratas dalam Liga Perdana Inggeris.