Eropah Kolum

Nasib Unai di hujung tanduk

Nasib Ketua Jurulatih Arsenal, Unai Emery kini diibaratkan seperti berada di hujung tanduk selepas menyaksikan skuad bimbingannya tewas 2-1 keatas Eintracht Frankfurt dalam saingan Liga Eropah di Stadium Emirates awal pagi tadi.

Unai kembali menyenaraikan bekas ketua pasukan, Granit Xhaka yang terpalit dengan kontroversi sejak hujung bulan Oktober lepas. Sejarah juga tercipta pada perlawanan tersebut apabila dianggarkan tidak melebihi 30,000 tiket terjual. Ini merupakan kehadiran penonton paling sedikit pernah direkod di Stadium Emirates lapor Goal.com .

The Gunners bermula dengan baik selepas ketua pasukan yang baru, Pierre Emerick Aubameyang menyempurnakan hantaran lintang rendah Gabriel Martinelli bagi gol pertama. Namun segalanya berubah apabila Daichi Kamada menjadi duri dalam daging buat Arsenal dengan menyumbat dua gol pada babak kedua perlawanan.

(Photo by David Price/Arsenal FC via Getty Images)

Kekalahan ini bermakna Arsenal kini gagal mencatat sebarang kemenangan dalam tujuh perlawanan pada semua kejohanan. Kali terakhir Arsenal memperoleh kemenangan adalah ketika mereka bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Vitoria SC di gelanggang sendiri.

Antara perkara yang gagal difahami adalah cara pemilihan pemain bagi kesebelasan utama. Unai menggandingkan pemain pertahanan, David Luiz dan Granit Xhaka di bahagian tengah pada perlawanan awal pagi tadi dan jelas ianya lebih memburukkan keadaan sedangkan pemain tengah lain seperti Lucas Torreira atau Matteo Gunedouzi mampu menggalas tugas tersebut. 

Dalam pada itu, Unai sendiri mengakui dia memahami akan segala kritikan yang dilemparkan kepada pasukan. ‘Kami tidak berada dalam keadaan yang baik dan saya juga tidak berada dalam situasi yang baik sebagai jurulatih’, jelasnya lagi.