Malaysia Berita

Cheng Hoe mahu pemain fokus

Ketua Jurulatih negara, Tan Cheng Hoe mengingatkan para pemain untuk tidak leka dan berwaspada menjelang pertembungan menentang Indonesia pada Selasa ini.

Menurut liputan Malaysia Gazette, Cheng Hoe kesemua pemain berada dalam suasana dan keadaan terbaik serta bersedia. 

Pemain sayap kebangsaan, Safawi Rasid dilaporkan kurang sihat kerana demam tetapi telah menyertai latihan bersama pasukan pada petang semalam. Cheng Hoe juga berharap agar Safawi dapat pulih dengan segera.

Dalam pada itu, pengendali utama itu memberitahu setiap kali Stadium Nasional Bukit Jalil dibanjiri penyokong tempatan, ia akan memberi motivasi yang tinggi serta menjadi kunci kepada setiap pemain yang berjuang diatas padang. Sebagai pemain ke-12 pasukan, sorakan penyokong juga mampu menggoyahkan pihak lawan secara psikologi dan ia bukan satu tugas mudah.

‘Kita tak boleh ambil kira rekod lalu dan sejarah lepas. Setiap perlawanan adalah berlainan dari segi corak permainan dan pemain-pemain’, tambahnya lagi.