Eropah Berita

Vela atasi Ibrahimovic

Carlos Vela telah dinamakan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) MLS selepas mengharungi musim yang cemerlang bersama Los Angeles FC lapor Bleacher Report.

Pemain yang berasal dari Mexico itu memperoleh 69% undian menewaskan dua pencabar iaitu bintang LA Galaxy, Zlatan Ibrahimovic serta penyerang Atlanta United, Josef Martinez.

Bekas bintang Arsenal dan Real Sociedad itu turut merangkul Anugerah Kasut Emas selepas menyumbat 36 gol buat pasukan dan sekali lagi menewaskan Zlatan Ibrahimovic yang hanya memperoleh 31 gol buat LA Galaxy. 

Vela menyertai LA FC pada tahun lepas mempamerkan persembahan cemerlang dengan menyumbang 34 jaringan gol serta 15 bantuan gol. Walaubagaimanapun, anak buah Bob Bradley gagal membawa pulang Piala MLS setelah tumpas kepada Seattle Sounders 3-1 pada perlawanan akhir.

LA FC membawa pulang Piala Supporters Shield apabila menewaskan LA Galaxy 5-3 yang juga menyaksikan Vela menjaringkan dua gol dalam perlawanan tersebut.

Kejayaan yang dikecapi Vela turut mencatat sejarah baru apabila dia menjadi pemain Mexico pertama yang menjaringkan gol terbanyak dalam sejarah kejohanan MLS serta penerima Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) pertama dari Mexico.

Turut bersama-sama menerima anugerah adalah pengendali utama pasukan LA FC, Bob Bradley yang dinamakan sebagai MLS Sigi Schmid Coach of the Year.