Pasukan Everton telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung keadaan pemain tengah mereka, Andre Gomes yang mengalami kecederaan serius selepas terjahan keras dua pemain Tottenham Hotspur pada perlawanan liga awal pagi semalam.
📝 | An injury update on @aftgomes.
We'll be with you all the way, Andre. 💙 #EFC pic.twitter.com/1OSatH4ljd
— Everton (@Everton) November 3, 2019
Andre Gomes akan menjalani pembedahan di bahagian buku lali kanannya yang mengalami kecederaan serius. Bentesan keras Heung Min Son dan Serge Aurier menyebabkan insiden itu berlaku.
Penyerang Korea Selatan, Heung Min Son yang kelihatan sedih atas tindakannya itu dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan, Martin Atkinson. Ternyata terjahan itu bukanlah satu niat yang sengaja untuk mencederakan pemain. Ianya hanya perebutan biasa dalam bola sepak.
Tiada pemain yang ingin mencederakan pemain lain dalam permainan bola sepak profesional. Pertembungan dan kecederaan yang berlaku itu semua secara tidak sengaja. Ini juga bukan merupakan insiden yang pertama kali berlaku dalam bola sepak terutama Liga Perdana Inggeris.
Berikutan daripada itu, para pemain dan peminat bola sepak dunia membanjiri ruang media sosial dengan ucapan kepada Andre Gomes. Bekas pemain Barcelona itu telah menjadi tonggak utama Everton sejak dua musim yang lalu.
Pada perlawanan di Stadium Goodison Park awal pagi semalam, Everton bangkit daripada ketinggalan 1-0 untuk mengikat kedudukan dan memperoleh satu mata. Dele Alli memberikan gol pendahuluan buat Tottenham Hotspur pada minit ke-63 hasil kesilapan Alex Iwobi. Namun, pemain gantian, Cenk Tosun muncul wira menerusi gol tandukan pada minit ke-90+7.
Everyone at the Club sends their best wishes and hopes for a speedy recovery to @aftgomes. pic.twitter.com/ZOYpM3ylDq
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) November 3, 2019