Kedah akan bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam final Piala Malaysia 2019 pada Sabtu ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Skuad Helang Merah mara ke pusingan akhir selepas melalui perlawanan dramatik di Stadium Darul Makmur yang menyaksikan 10 gol terhasil sepanjang 120 minit permainan berlangsung. Kedah layak menerusi kelebihan gol jaringan di tempat lawan.
Sementara itu, JDT yang menjadi pasukan pilihan bagi saingan Piala Malaysia musim ini mudah menjinakkan Selangor 3-0 di Shah Alam sekaligus layak ke final dengan agregat 5-1.
Seperti yang diketahui ramai, perlawanan pada Sabtu ini akan menampilkan pasangan kembar iaitu Aidil Zafuan (JDT) dan Zaquan Adha (Kedah) bertembung sebagai musuh setempat. Ini merupakan pertama kali berlaku sepanjang 13 tahun karier mereka dalam kancah bola sepak.
54'| GOL BAUMAN!
Jonatan Bauman kembali meletakkan Kedah dihadapan selepas menerima umpanan dari Zaquan Adha!@OfficialPahang 1-2 @official_kfa (AGG 4-5)#PialaMalaysia2019#MFLLive#PHGKED pic.twitter.com/pgxtLdHEQW
— MFL LIVE (@MFL_Live) October 26, 2019
Zaquan merupakan salah seorang tonggak utama pasukan Hijau Kuning musim ini dengan menjaringkan gol penyamaan di minit akhir perlawanan pada separuh akhir pertama di Darul Aman serta menghasilkan satu bantuan gol pada aksi Sabtu lepas.
Dalam satu sesi temu bual bersama Astro Awani, Zaquan berkata sudah menjadi satu amalan untuk dia dan abangnya menghubungi ibu sebelum perlawanan bermula. Pemain berusia 32 tahun ini turut menambah,’Bila final saya sudah tahu jawapan ibu bahawa dia tidak tahu untuk doakan untuk siapa (Zaquan atau Aidil). Bagi saya, pasukan yang menang itu adalah rezeki masing-masing. Selamat berjaya buat abang (Aidil) dan Johor.’
‘Saya rasa perlawanan (menentang Pahang) sangat menguji kesabaran dan ketahanan mental pemain. Sepanjang karier saya, tidak pernah lagi saya lalui perlawanan yang mempunyai jaringan sebanyak ini. 16 jaringan dalam dua perlawanan’, tambahnya lagi dalam memberi reaksi mengenai perlawanan dramatik menentang Pahang Sabtu lalu.