Masa Louis van Gaal bersama Manchester United mungkin tidak mahu diingati oleh penyokong, namun Juan Mata telah mendedahkan bagaiman beliau telah disoal siasat oleh Van Gaal dengan sebotol wain.
Van Gaal tiba di Old Trafford selepas Piala Dunia 2014 di Brazil dan Mata adalah antara pemain pertama yang bertemu dengan jurulatih kelahiran Belanda tersebut.
Dalam bukunya yang bakal dikeluarkan nanti, bertajuk ‘Suddenly a Footballer’, bekas pemain Chelsea tersebut menjelaskan bagaimana Van Gaal memperkenalkan dirinya.
“Hai, saya Louis van Gaal, bolehkah anda memperkenalkan diri anda dan beritahu saya tentang diri anda,” katanya dalam bukunya.
“Jurulatih [Van Gaal], Ryan Giggs, sebotol wain Rioja yang disarankannya [untuk] di cuba dan saya berada di dalam bilik itu.
“Dia mula mengajukan pertanyaan mengenai kehidupan saya dan karier saya sebelum beralih ke bola sepak.
“Di mana anda berfikir anda boleh bermain? Apakah kedudukan anda? Bagaimana anda melihat diri anda dalam sistem ini? Louis mahu melihat apa yang kami buat dan bagaimana kami akan bertindak balas kepada perkara-perkara [tersebut].”
Mata mempunyai kenangan indah bekerja dengan bekas jurulatih Ajax, walaupun perkara itu berakhir dengan buruk di Old Trafford.
Buku Juan Mata akan dijual dalam bahasa Inggeris pada hari Khamis 26 September, dan 99 peratus daripada keuntungan dari jualan buku akan pergi ke Common Goal.