Barcelona bergerak ke Jerman untuk menghadapi Borussia Dortmund pada malam Selasa bagi menghadapi bahagian serangan Dortmunt yang telah menghasilkan 184 gol sejak kempen 2018/19.
Barisan hadapan Dortmund sahaja telah menyumbang 101 gol dalam tempoh tersebut dan membantu dalam mencipta gol sebanyak 83 kali.
Pasukan kendalian Lucien Favre telah menjaringkan gol terbanyak di Bundesliga musim ini, menjaringkan 13 gol dalam empat perlawanan.
“Kami perlu menolak dan membalas serangan,” kata jurulatih berusia 61 tahun tersebut.
“Pasukan yang tidak dapat melancarkan serangan balas bukanlah pasukan yang hebat.” Katanya.
Untuk rekod, Marco Reus (25 gol dan 14 bantuan gol), Paco Alcacer (26 gol dan tiga bantuan gol), Mario Gotze (tujuh gol dan tujuh bantuan gol), Jacob Bruun Larsen (tiga gol dan empat bantuan gol), Julian Brandt (11 gol dan 17 bantuan gol) dan Thorgan Hazard (13 gol dan 13 bantuan gol) telah menyumbang dalam serangan Dortmund, yang mengancam untuk mencederakan Barcelona pada perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara minggu ini.