Luar Negara Berita

Jantung Casillas beri gambaran positif

Empat bulan selepas mengalami serangan jantung, Iker Casillas berkongsi dengan peminatnya hasil daripada sesi latihan terbaharunya.

Pemain kelahiran Sepanyol meneruskan latihannya dengan misi untuk kembali pulih bagi membarisi barisan utama Porto biarpun telah dilantik menjadi sebahagian daripada staf bimbingan Porto.

“Segala-galanya perlahan, tetapi ia harus seperti itu,” kata Casillas di Twitter.

“Tenang dan bergerak ke hadapan sedikit demi sedikit.

“Anda perlu mengatasi semua halangan.

“Tidak ada halangan dan fikiran anda mesti bersih.

“Saya tidak mahu menjadi contoh apa-apa.

“Mari kita teruskan perjuangan ini!”

Hasil menunjukkan bahawa Casillas berlari 9,528 meter dalam masa 42 minit, dengan kadar denyutan jantung sebanyak 130 dalam masa seminit.